Kembara Sembilan Luak

Explorace Adat Perpatih 2026

Ikuti jejak warisan Adat Perpatih merentasi Negeri Sembilan, dari Broga hinggalah ke Seri Menanti.
Bukan sekadar pertandingan, tapi satu kembara mengenali tanah adat sendiri.

TARIKH 5 Disember 2026
MULA Penjara Kajang, DIY
TAMAT Muzium Negeri Sembilan

Terma & Syarat Penyertaan

Sila baca dengan teliti sebelum mendaftar. Dengan mendaftar, anda bersetuju terikat dengan syarat-syarat berikut.

  1. Acara Explorace Adat Perpatih 2026 ("Acara"), dianjurkan oleh Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus (No. Pendaftaran: ______________) ("Penganjur") akan berlangsung pada hari Sabtu, 5 Disember 2026 ("Tarikh Acara").
  2. Acara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sahaja, dalam keadaan sihat walafiat dan tiada masalah kesihatan, dan driver mestilah memiliki lesen memandu yang sah ("Peserta Layak").
  3. Acara ini akan dijalankan seperti berikut:
    1. Peserta Layak dikehendaki membentuk satu kumpulan terdiri daripada minimum 2 orang atau maksimum 4 orang Peserta Layak ("Pasukan Bertanding"), menggunakan satu (1) kenderaan. Penyertaan adalah terhad kepada 20 Pasukan Bertanding/kenderaan sahaja.
    2. Semua ahli Pasukan Bertanding dikehendaki hadir pada jam 7:00 pagi pada Tarikh Acara di Penjara Kajang, DIY untuk pendaftaran/check-in. Taklimat dan pelepasan bermula jam 8:00 pagi.
    3. Acara ini berkonsepkan 'explorace/treasure hunt' merentasi 20 checkpoint di Negeri Sembilan, menyelesaikan soalan/pantun berkaitan Adat Perpatih, dan menghantar bukti gambar melalui sistem digital.
    4. Mata diberikan berdasarkan kelajuan, ketepatan jawapan, dan/atau kriteria lain yang ditentukan Penganjur.
    5. Had akhir penghantaran adalah jam 4:30 petang di Muzium Negeri Sembilan. Pasukan bermata tertinggi diiktiraf sebagai pemenang.
    6. Hadiah: Tempat Pertama RM300, Tempat Kedua RM200, Tempat Ketiga RM100, dan semua pasukan lain yang menamatkan Acara menerima RM50 saguhati.
    7. Hadiah diberikan kepada Pasukan Bertanding, bukan kepada ahli secara individu.
  4. Pendaftaran dibuka mulai 13 September 2026 dan ditutup pada 20 November 2026, jam 5:00 petang, atau sebaik sahaja had 20 pasukan tercapai, mengikut mana yang terdahulu.
  5. Peserta bertanggungjawab memastikan butiran peribadi, no. telefon, dan alamat e-mel yang didaftarkan adalah tepat dan terkini.
  6. Peserta yang berjaya mendaftar akan menerima e-card pengesahan melalui e-mel, untuk ditunjukkan kepada urus setia pada Tarikh Acara bagi pengutipan kit/stiker.
  7. Sebarang kos yang terlibat sepanjang Acara (bahan api, tol, makan minum, dll) ditanggung sendiri oleh Peserta.
  8. Peserta hendaklah sihat walafiat dan tiada masalah kesihatan. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kematian, kecederaan, kemalangan jalan raya, atau kerosakan kenderaan sepanjang Acara. Peserta menyertai atas risiko sendiri.
  9. Sepanjang Acara, Peserta dilarang:
    1. berkelakuan atau mengeluarkan kata-kata berunsur seksual;
    2. menyertai Acara di bawah pengaruh dadah atau minuman keras, atau dalam keadaan mabuk;
    3. berkelakuan ganas, menghina, atau menyinggung mana-mana kaum, jantina, agama, atau kumpulan umur;
    4. mempromosikan alkohol, dadah terlarang, tembakau, atau senjata;
    5. melakukan aktiviti tidak selamat, termasuk melanggar had laju dan undang-undang jalan raya;
    6. merosakkan atau mengalih signboard/harta awam di checkpoint;
    7. mempromosikan agenda politik tertentu; dan/atau
    8. melanggar mana-mana undang-undang yang terpakai.
  10. Peserta wajib memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan lesen memandu driver adalah sah sepanjang tempoh Acara.
  11. Dengan menyertai, Peserta bersetuju dan memberi keizinan untuk mematuhi terma ini; membenarkan Penganjur mengumpul dan menggunakan data peribadi mengikut PDPA 2010 bagi tujuan pendaftaran sahaja; membenarkan penggunaan gambar/video sepanjang Acara untuk promosi tanpa bayaran; dan mengesahkan semua maklumat yang diberikan adalah tepat.
  12. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kegagalan menyampaikan hadiah/e-card disebabkan butiran tidak tepat yang diberikan Peserta.
  13. Hadiah tidak boleh ditukar, dipindah milik, atau dirunding. Keputusan Penganjur mengenai pemenang adalah muktamad.
  14. Penganjur berhak menolak penyertaan, membatalkan kelayakan, atau membatal/menangguhkan Acara pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  15. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan, atau kematian berhubung Acara, setakat yang dibenarkan undang-undang.
  16. Terma dan syarat ini ditadbir mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian diselesaikan melalui mahkamah Malaysia.
  17. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: radi.daros@gmail.com (emel sementara untuk ujian sistem)

Laluan Kembara

10 daripada 20 checkpoint disahkan setakat ini. Peta penuh akan dikemaskini.

Borang Pendaftaran

Minimum 2, maksimum 4 ahli sekumpulan. Sila isi maklumat sebenar mengikut Kad Pengenalan.

A β€” Maklumat Kumpulan

B β€” Ahli 1 Β· Driver (wajib)

B β€” Ahli 2 Β· Navigator (wajib)

B β€” Ahli 3 Β· Penumpang (opsyenal)

B β€” Ahli 4 Β· Penumpang (opsyenal)

C β€” Hubungan Kecemasan

D β€” Penafian & Persetujuan

  1. Pihak urus setia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, atau kecurian barangan peribadi peserta sepanjang program ini berlangsung.
  2. Pihak urus setia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kecederaan, atau kerosakan kenderaan sepanjang perjalanan/explorace; peserta menyertai atas risiko sendiri.
  3. Peserta bertanggungjawab memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan lesen memandu (driver) adalah sah sepanjang tempoh program.
  4. Peserta wajib mematuhi undang-undang jalan raya; sebarang kesalahan/kemalangan adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.
  5. Semua ahli kumpulan, terutama driver, mengesahkan bebas daripada pengaruh dadah dan minuman keras sepanjang tempoh program berlangsung.
  6. Pihak urus setia berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta melanggar peraturan program atau membahayakan keselamatan diri/orang lain.
  7. Peserta bersetuju gambar/video yang diambil boleh digunakan oleh urus setia untuk tujuan promosi/liputan program.
  8. Maklumat peribadi yang diberikan hanya digunakan untuk tujuan pendaftaran & pengurusan program ini sahaja.

Format Soalan

Cara soalan disampaikan dan bagaimana jawapan dinilai.

Bentuk Soalan

Setiap checkpoint diberikan satu soalan dalam bentuk pantun/kiasan. Lokasi tidak disebut secara terus β€” peserta perlu mentafsir petunjuk untuk mengesan tempatnya.

Jawapan

Jawapan bagi setiap 20 checkpoint adalah dalam bentuk gambar bukti diambil di lokasi sebenar, dihantar terus melalui sistem digital.

Syarat Tambahan

Sesetengah checkpoint mempunyai syarat khas (contohnya membeli barangan dan mendapatkan resit bercop kedai) selain gambar bukti.

Penilaian

Mata diberikan berdasarkan kelajuan menyelesaikan checkpoint dan ketepatan jawapan/bukti yang dihantar.